Dasar Privasi

Berkuat kuasa: 5 Oktober 2026

iRPH ialah aplikasi untuk guru Malaysia menyediakan, menyemak dan mencetak Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Dasar ini menerangkan maklumat yang kami kumpul, bagaimana kami menggunakannya, dan hak anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

1. Siapa kami

iRPH dikendalikan oleh BUNGKAS MULTITECH SERVICES (SSM 202203106739 (CT0105002-P) · Since 2022). Untuk sebarang pertanyaan tentang data anda, hubungi irph@irph.my.

2. Maklumat yang kami kumpul

3. Bagaimana kami menggunakan maklumat anda

Kami tidak menjual data anda dan tidak menggunakannya untuk pengiklanan.

4. Pihak yang memproses data bagi pihak kami

Kami menggunakan penyedia berikut hanya untuk menjalankan iRPH. Setiap penyedia tertakluk kepada syarat dan dasar privasi mereka sendiri.

5. Kongsi RPH dan cop digital

Apabila anda berkongsi RPH, penyemak yang anda pilih boleh melihat PDF RPH minggu itu melalui pautan dan PIN. Selepas penyemak mengesahkan, PDF diberi cop digital. Sesiapa yang mempunyai kod cop itu boleh membuka halaman semakan yang memaparkan nama anda, nama sekolah, nama penyemak dan masa pengesahan, untuk memastikan RPH itu tulen.

6. Penyimpanan dan keselamatan

Data disimpan di pelayan yang dilindungi dengan sambungan HTTPS dan akses yang terhad. Sandaran dibuat setiap hari. Selagi akaun anda aktif, salinan fail asal yang anda muat naik disimpan dalam arkib terkawal supaya bacaan iRPH boleh disemak dan diperbaiki. Salinan sandaran juga disimpan di pelayan sandaran milik pengendali.

7. Tempoh simpanan

8. Hak anda

Anda berhak untuk mengakses, membetulkan dan meminta pemadaman data peribadi anda, serta menarik balik persetujuan. Kebanyakan maklumat boleh dikemas kini di halaman Profil. Untuk permintaan lain, hubungi irph@irph.my.

9. Maklumat murid

iRPH dibina untuk guru. Jangan masukkan maklumat peribadi murid (seperti nama penuh atau nombor kad pengenalan) ke dalam RPH. iRPH hanya memerlukan bilangan kehadiran.

10. Data pengguna Google (DELIMa)

Jika anda memilih untuk menyambungkan akaun Google atau DELIMa anda, iRPH hanya meminta kebenaran drive.file. Kebenaran ini membolehkan iRPH memuat naik fail yang dihasilkan oleh iRPH (contohnya PDF RPH anda) ke Google Drive anda, atas permintaan anda. iRPH tidak dapat membaca fail lain dalam Drive anda.

Penggunaan dan pemindahan maklumat yang diterima daripada API Google oleh iRPH mematuhi Google API Services User Data Policy, termasuk keperluan Limited Use.

11. Perubahan dasar

Jika dasar ini berubah, kami akan memaklumkan anda dalam iRPH atau melalui e-mel sebelum perubahan berkuat kuasa.

Dasar Privasi / Privacy Policy Terma Penggunaan / Terms of Use BUNGKAS MULTITECH SERVICES · irph@irph.my